5.13.2013

projek praktikum 2013..

Inilah hasil kerja tangan yang tidak kreatif. Setelah berlempas pulas selama 2 hari akhirnya siap juga. Terima kasih buat semua warga SK Bukit Naga yang memberi komen dan pendapat tidak lupa juga terima kasih yang teristimewa buat suami yang sudi menghulurkan tangan membantu.. :)

2.27.2013





LAPORAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA 2013.

MAKLUMAT PERLAKSANAAN.


Pengenalan.
Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Bukit Naga 2013 pada tahun ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang. Keadaan cuaca yang sangat baik pada sebelah pagi banyak membantu melancarkan kejohanan ini. Kejohanan merentas desa ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Acara dimulakan dengan senamrobik dan pemanasan badan sehinggalah ke araca kemuncak iaitu penyampaian hadiah. Pihak penganjur sangat berbesar hati kerana Guru Besar Puan Hjh Sulha Binti Che Hitam sudi melapangkan masa menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan ini mendapat sambutan yang sangat hebat dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa yang turut serta dalam acara merentas desa kategori ibu bapa. Tanpa sokongan padu dari ibu bapa dan kerja keras dari para guru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga mana mungkin kejohanan ini dapat dijalankan dengan baik sebagaimana yang dirancang.

MAKLUMAT KEJOHANAN.
Tarikh  : 02 Februari 2013
Hari      : Sabtu
Masa    : 7.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Tulip, Kampung Bukit Naga.

2.24.2013



DOKUMENTASI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BUKT NAGA 2013 M / 1434 H.
 
MAKLUMAT PELAKSANAAN.
Pengenalan.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Naga pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang walaupun majlis terpaksa bermula lewat daripada masa yang dirancang. Keadaan cuaca yang mendung dan  hujan yang turun pada sebelah pagi tidak menjejaskan semangat warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga untuk bersama-sama menjayakan majlis ini yang dilangsungkan di Dewan Tulip, Kampung Bukit Naga. Pelbagai program dilaksanakan dimulai dengan bacaan Yaasin, berselawat beramai-ramai, perarakan, rangkaian selawat,ceramah sehinggalah ke acara penutup. Ini jelas menunjukkan usaha gigih dan komited dari pelbagai pihak demi untuk menjayakan majlis sambutan pada tahun ini.

MAKLUMAT PROGRAM.
Tarikh   : 25 Januari 2013
Hari       : Jumaat
Masa     : 7.30 pagi - 12.10 tengah hari.
Tempat : Dewan Tulip, Kampung Bukit Naga.

Pendahuluan.
Sambutan Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiul Awal pada setiap tahun oleh semua umat Islam untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping memperingati peristiwa yang berlaku ke atas baginda.

Objektif.
1) Menanamkan semangat cintakan Nabi Muhammad SAW dan mengamalkan ajaran yang ditinggalkan oleh baginda.
2) Menyemai akhlak mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di dalam diri murid Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
3) Memupuk semangat ukhwah lslam sesama warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
4) Menghayati sirah dan perjuangan baginda.
Sasaran.
Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Naga tahun 1- 6 sesi 2013.