2.24.2013



DOKUMENTASI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BUKT NAGA 2013 M / 1434 H.
 
MAKLUMAT PELAKSANAAN.
Pengenalan.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Naga pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang walaupun majlis terpaksa bermula lewat daripada masa yang dirancang. Keadaan cuaca yang mendung dan  hujan yang turun pada sebelah pagi tidak menjejaskan semangat warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga untuk bersama-sama menjayakan majlis ini yang dilangsungkan di Dewan Tulip, Kampung Bukit Naga. Pelbagai program dilaksanakan dimulai dengan bacaan Yaasin, berselawat beramai-ramai, perarakan, rangkaian selawat,ceramah sehinggalah ke acara penutup. Ini jelas menunjukkan usaha gigih dan komited dari pelbagai pihak demi untuk menjayakan majlis sambutan pada tahun ini.

MAKLUMAT PROGRAM.
Tarikh   : 25 Januari 2013
Hari       : Jumaat
Masa     : 7.30 pagi - 12.10 tengah hari.
Tempat : Dewan Tulip, Kampung Bukit Naga.

Pendahuluan.
Sambutan Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiul Awal pada setiap tahun oleh semua umat Islam untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping memperingati peristiwa yang berlaku ke atas baginda.

Objektif.
1) Menanamkan semangat cintakan Nabi Muhammad SAW dan mengamalkan ajaran yang ditinggalkan oleh baginda.
2) Menyemai akhlak mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di dalam diri murid Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
3) Memupuk semangat ukhwah lslam sesama warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
4) Menghayati sirah dan perjuangan baginda.
Sasaran.
Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Naga tahun 1- 6 sesi 2013.

No comments:

Post a Comment